Wednesday, June 24, 2009

Post beta yg ke-100

Bukan sekeping tapi dua keping!!!

Harap2 Ahli Syurga S blh turut serta...



ini bukan tiket masuk funfair


ps: beli ms ada offer training pass...

Thursday, June 18, 2009

JANGAN BUANG BAYI ANDA!!! (SELAMAT HARI BAPA)



"Ayahanda... kesian kan baby td??"

"Kenapa Syg??"

"Mak dia buang dia..."

"Kat mana??!!!!"

"Tadi tu.. kt tempat buang baby..."

"Haa.. Kat mana..???!!! Betul ke??"

Ahli Syurga 4 tarik tangan Ahli Syurga 1...

"Tuuuu... " (sambil tunjuk sign board)











3 hari kemudian,

"Ayahanda.. kat sini pun blh buang baby ekkk??"

"Mana????"

"Tuuuuu........."



Amaran: jangan buang baby anda... !!!


Thursday, May 28, 2009

Puisi - Sajak

Masa kecik2 dulu, beta selalu ingat beta akan jadi seorang sasterawan suatu hari nanti. Masa tingkatan 2, rasa2nya cam pernah ada buku sajak ciptaan sendiri. Masa tingkatan 4, walaupun masuk aliran sains, beta masih boleh jadi Johan Pertandngan Mencipta Puisi Peringkat Sekolah.

Itu dulu...Sekarang? agak sukar sikit.. kalau tanya camne nk buat pisahkan molekul2 gula dalam darah, atau nk belah ion dlm plutonium.. yang tu beta tau.

Jadi, sedikit sukar untuk beta fahami maksud satu puisi ini... Nk tanya tuan punya, malu... Untuk saper laa ditujukan puisi tu??? Nk tanya Queen?? hmm.. blh ker?

ps: suka puisi ni.. simple tp meaningful...

(Aku Ingin Bersama2nya,,,)


Ketika tunas ini tumbuh,,,
Serupa tubuh yang mengakar,,,
Setiap nafas yang terhembus,,,
Adalah kata,,,
Angan,debur dan emosi,,,
Bersatu dalam gubah terpautan,,,
Tangan kita terikat,,,
Lidah kita menyatu,,,
Maka setiap apa yang terucap,,,
Adalah sabda pendeta ratu,,
Riuh2 pasir,tukar ke debu,,,
Hanya angin meniup saja,,,
Lalu terbang hilang x ada,,,
Tapi kita tetap menari,,,
Menari cuma kita yang tahu,,,
jiwa ini tandus,,,
Bukan itu saja,,,
Bahkan akan kita bawa semua,,,
Kerna kita,,,
Adalah SATU...



mcm ni SATU ke DUA?

Wednesday, May 20, 2009

jangan ler menghisap dade, kan lebih baik menderme dare...



(tajuk cam lakanattt jer kan.. itu Sam* Vel*o yg ckp, bkn beta)



11 Tahun Yang Lalu…

“King, Seli.. jom ikut saya cepat”. Kami berdua terkejut apabila tiba2 En. Mansur muncul. Pensyarah merangkap abang angkat ( drpd Program School U’siti) itu seolah2 seperti dalam keadaan bingung. Tanpa berlengah, kami berdua segera bersiap2 tanpa mengetahui punca dan ke mana kami hendak dibawa. Dalam kereta, semua menjadi seperti orang bisu, senyap tanpa sebarang kata.

Kami tiba kira2 20 minit kemudian di Sabah Medical Centre (sekarang dikenali sebagai Likas Specialist Hospital). Tanpa berlengah, kami di bawa ke satu bilik. Selepas sedikit penerangan diberi, barulah kami tahu tujuan kami datang ke sini. Ayah (ayah angkat kami, ayah betul En Mansur) dalam keadaan kekurangan darah. Beta tak tahu pula apa sakit beliau. Dan kami dibawa ke sana dengan harapan dapat menderma darah untuk ayah.

Itulah kali pertama beta menderma darah dan kebetulan jenis darah ayah dan darah beta adalah sama!!!

10 Tahun Yang Lalu

Pesta Konvokesyen.. Bawak Queen (masa tu blm jadi Queen laa) jalan2. Tiba2 ternampak satu sudut “Pusat Menderma Darah”. Dan dengan rasa rendah hati, terus derma darah buat kali ke dua!!! Queen??? Pun derma, ½ beg tapi dinasihatkan berhenti. Salur darah Queen hamper sama saiz ngan jarum derma darah tu. Nak penuhkan ½ beg pun sampai ½ jam.

Semalam…

"Lps ni, x pyh tunggu 10 tahun lg yer Tuanku baru nk derma balik....".Suara doktor pompuan terngia-ngia di telinga. Panasss... Setelah 10 tahun berlalu, sekali lagi beta mencemar duli. untuk kali ke tiga di sebuah hospital kerajaan. Memberikan darah bangsawan beta untuk rakyat. Dengan harapan semoga tiada jurang antara semua manusia. Semoga yang menerima juga beroleh bahagia, seperti mana beta sekarang….

Aminnn……


ps: Untuk si dracula yang comel, nanti beta derme dare beta bila tiba masanyer yer.. :-)


ini bukan tangan beta

Friday, May 8, 2009

mat rempit?? sorry...

Beta mmg benci mat rempit... harap2 mereka blh insaf...

amin...

br2 ni.. jumpa benda ni dlm laptop seseorang. Hmmm, patut laa dia suker jalan kaki... dan naik kete....


ini bukan betul2 kot...

Tuesday, May 5, 2009

Ahli syurga 5

bukan garis satu, tapi dua!



Wednesday, April 29, 2009

penyiksaaan atau nikmat yg tertunda?

Satu gambar seribu tafsiran. Dalam 2 minit 30 saat beta blh fikir 10 perkara yang beta memang tgh tunggu. Lets check it out!!!

1: Beta tunggu Perak dikembalikan kepada Pakatan Rakyat
2: Beta tunggu Queen pulang daripada outstation
3: Beta tunggu adik beta yg lama x jumpa
4: Beta tunggu Manchester United menang Liga Perdana Barclays
5: Beta tunggu Manchester United menang Liga Juara-Juara
6: Beta tunggu keputusan semester 2 peperiksaan Master beta
7. Beta tunggu gaji masuk sebab sepatutnya gaji dh masuk semingu yg lalu!
8. Beta tunggu duit pinjaman MARA beta yg sepatutnya dh lulus.
9. Beta tunggu seseorang on9 supaya blh chattg dgn beliau.
10. Beta tunggu anak2 beta membesar dan beta blh relax. X yah kerja.. hehe


sbnrnyer byk lagi yg beta tunggu….banyak!!! contohnya:

11. Revenge Of The Fallen- TRANSFORMERS 2: 24 Jun ni (jom g tgk Yangg ????)
12. Man Utd main kt Bukit Jalil 18 Julai ni .. (skali lg: saper nk ikut????)
13. gapo2 lahhh……….


Dan perkara2 di atas semua bukanlah disusun mengikut prioriti yang sebenarnya. Mungkin no 9 merupakan priority yg pertama. Ataupun no 3 lebih penting drpd no 1. Hmmm..

Apa2pun…

Mungkinkah penantian suatu penyiksaan
Atau
Suatu kenikmatan yang tertunda

Hanya ‘yang menunggu’ yg mengetahui…


bukan tayar itu yg beta tunggu...